You are on page 1of 31

KESELAMATAN DALAM BENGKEL

Hati yg terluka umpama besi bengkok walau diketuk sukar kembali kepada bentuk asalnya.

Def. Keselamatan; Suatu keadaan terpelihara atau terhindar daripada bahaya, bencana atau gangguan yang boleh menyebabkan berlakunya kemalangan. Def. Keselamatan kerja; Ilmu dan penerapan teknologi utk meningkatkan keselamatan yg berkaitan dgn alat kerja, proses kerja,tempat kerja dan kawasan lingkungannya. Konsep keselamatan industri;

KESELAMATAN DALAM BENGKEL / MAKMAL

Pekerja yg bebas daripada bahaya atau risiko kecederaan , kawalan kerugian akibat kemalangan serta melindungi kerugian terhadap manusia, harta dan pendapatan.

PERATURAN DAN ETIKA


Penggunaan alatan yang betul cara bekerja yang selamat. Sikap yg baik terhadap keselamatan Membina tabiat keselamatan (safety-minded) yg baik dan menjadikan kita pengguna yg berjaya.

PERATURAN UMUM BENGKEL


1. Pakaian kemas, - tanggalkan tali leher@ masukkan dlm baju - lipat lengan baju yang panjang - Pemakaian apron digalakkan. 2. Pelindung mata - cermin mata keselamatan - pelindung muka jika melakukan kerja yg boleh membahayakan mata. - pastikan pencahayaan mencukupi utk mengelakkan dari sakit mata.

PERATURAN UMUM BENGKEL


3. Tangan - bersihkan tangan dari kotoran, geris atau minyak seblm melakukan sesuatu kerja. 4. Menghormati orang lain - Sedia membantu - tidak menganggu dan membahayakan orang lain. - Tegur orang lain yg melanggar peraturan

PERATURAN UMUM BENGKEL


5. Pemilihan alatan - pilih saiz dan jenis yg bersesuaian dengan kerja. - Gunakan alatan yang berkeadaan baik - Baiki bahagian yg rosak sebelum menggunakan alatan. 6. Pengendalian alatan - Halakan mata pemotong ke bawah jika membawa alatan tajam. - Bawa beberapa alatan sahaja untuk sekali bawa kecuali peralatan berada dalam bekas khas. - Jangan masukkan alatan tajam ke dalam poket.

PERATURAN UMUM BENGKEL


7. Alatan pengapit - Gunakan apit yg sesuai utk memegang benda kerja.Cthnya: Pahat dan mesin elektrik mudah alih. - Elakkan daripada memegang dgn tangan objrk yg dikerjakan. 8. Penggunaan alatan - Pegang alatan dgn cara yg disarankan dan halakan mata pemotong keluar dari kedudukan anda semasa menggunakan alatan tersebut. - Hati-hati apa menggunakan jari utk memandu pada permukaan potongan.

PERATURAN UMUM BENGKEL


9. Kelajuan kerja Jangan gopoh semasa buat kerja. - Kerja yg terancang pada kelajuan yg sesuai blh menghasilkan kerja yg memuaskan dan bermutu. 10. Pengurusan meja kerja - Letakkan bahan kerja secara tersusun. - alatan berada di bahagian tengah meja kerja - jangan menindih alatan di antara satu sama lain. - Rapatkan ragum meja jika tidak digunakan. - Pastikan laci dan pintu kabinet sentiasa tertutup.

PERATURAN UMUM BENGKEL


11. Keselamatan lantai - perlu bersih dari reja bahan dan tumpahan minyak.

PUNCA KEMALANGAN DALAM KERJA MEKANIKAL


1. Kecuaian Pekerja a. Tidak gunakan peralatan perlindungan dgn cara yg betul b. Tidak mematuhi arahan yg ditetapkan c. Menggunakan peralatan dgn cara yg salah atau menyalahgunakannya utk tujuan lain spt bergurau senda. d. Tergesa-gesa melakukan kerja tanpa membaca aarahan kerja atau notis amaran. e. Keadaan rupa diri yg tidak kemas spt berambut panjang, pakaian yg longgar, memakai barang perhiasan dsb.

PUNCA KEMALANGAN DALAM KERJA MEKANIKAL


2. Keadaan peralatan / perkakasan a. Tidak membuat pemeriksaan terhadap peralatan yg hendak digunakan b. Tidak melaporkan sebarang kerosakan kepada penyelia jika ada. c. Sebelum menggunakan mesin, pengendali mestilah seorang yang tahu dan faham cara mengguna dan memberhentikan mesin dgn cara yg betul.

PUNCA KEMALANGAN DALAM KERJA MEKANIKAL


3. Keadaan benda kerja dan kawasan kerja. a. Tidak memastikan kemudahan keselamatan yg terdapat di sekeliling. b. Tidak mematuhi tanda-tanda amaran seperti tanda larangan merokok di tempat yang mudah terbakar. c. Tidak menghindarkan diri daripada menggunakan perkakasan elektrik di tempat yang terdapat bahan-bahan mudah terbakar.

KEMALANGAN YANG BERLAKU DARIPADA PROSES KERJA MEKANIKAL

1. Mengangkat barang - penggunaan peralatan bagi pengendalian mekanikal seperti mengangkat barang dgn kren, dan trak forklift hendaklah benarbenar kukuh kerana jika beban tergelincir atau jatuh boleh mengakibatkan kecederaan.

KEMALANGAN YANG BERLAKU DARIPADA PROSES KERJA MEKANIKAL


2. Mengguna Peralatan Tangan - perlulah sentiasa dlm keadaan baik dan selamat digunakan. - Penggunaan dgn kaedah yg betul. Cth situasi kerja yg mengundang kemalangan: a. Alat spt tukul dan aci hilang b. Mata pahat tumpul dan kepalanya bercendawan c. Rahang sepana retak atau merekah d. Puting kikir tidak dilindungi dengan betul

KEMALANGAN YANG BERLAKU DARIPADA PROSES KERJA MEKANIKAL

3. Penggunaan mesin dan jentera a. menyelenggara mesin dlm keadaan bergerak atau tiada penghadang keselamatan. Pengendali tidak mempunyai pengetahuan yg sempurna bagaimana cara mengendali bahaya yg berkaitan dgn mesin tersebut. b. Pengendali tidak memberhentikan operasi mesin sehingga ia dibaiki oleh orang yg berkelayakan.

Langkah Keselamatan yang Boleh Diambil bagi Mencegah Kemalangan dalam Kerja-kerja Mekanikal

Elakkkan daripada memegang atau menyentuh bahagian mesin/benda tajam semasa ia sedang beroperasi. Pastikan mesin mempunyai suis keselamatan saling mengunci. Pastikan mesin mempunyai sistem pembumian yang sempurna. Matikan suis kuasa sepenuhnya apabila mesin tidak digunakan atau dibersihkan.

Langkah Keselamatan yang Boleh Diambil bagi Mencegah Kemalangan dalam Kerja-kerja Mekanikal

Laporkan kepada penyelia jika terdapat sebarang kerosakan pada mesin. Keadaan fius mestilah betul untuk mengelakkan beban lampau (overload) yang boleh mengakibatkan kebakaran. Pastikan bahagian-bahagian mesin yang merbahaya dipasang dengan peralatan perlindungan seperti pengadang.

PUNCA KEBAKARAN Kebakaran hanya akan terjadi sekiranya terdapat tiga unsur yang bergabung :
1. Bahan api untuk membantu nyalaan seperti kayu, kertas dan minyak 2. Udara untuk membekalkan oksigen 3. Suhu atau haba yang tinggi untuk menghasilkan api atau nyalaan.

Punca-punca kebakaran:
1.Percikan api kimpalan, bunga api dan sebagainya. 2.Api ubat nyamuk, mancis, puntung rokok. 3.Kebocoran atau mampatan gas. 4.Haba mekanikal yang terjadi akibat geseran.

Punca kebakaran yang disebabkan oleh elektrik ;


1.Litar pintas akibat dari retakan penebat kabel.
2. Lebihan beban aliran kuasa 3. Pemanasan setempat pada terminal disebabkan sambungan yang longgar. 4. Pemasangan yang salah iaitu dari segi penggunaan saiz wayar dan fius. 5. Kebocoran arus elektrik disebabkan oleh kerosakan kabel atau penebat.

Faktor-faktor UTAMA yang Menjadi Punca Kebakaran:


(a) Faktor Semulajadi
Kejadian kebakaran kerana bencana alam seperti kemarau, letupan gunung berapi.

(b)

Faktor Kemalangan

Kejadian kebakaran kerana kelalaian , kecuaian atau kesilapan manusia itu sendiri.

(c)

Faktor Sengaja Dibakar

Kejadian kebakaran kerana perbuatan manusia sama ada sengaja dibakar atau perbuatan khianat.

KELAS KEBAKARAN Kebakaran boleh dikelaskan kepada beberapa jenis berdasarkan kepada punca bahan yang menghasilkan kebakaran tersebut. Pengetahuan mengenai jenis kebakaran adalah penting kerana ia dapat menentukan jenis alat pemadam api yang sesuai dan boleh digunakan untuk memadamkan kebakaran.

Kebakaran yang Merebak:


Melalui 4 cara:
(a) Olakan Haba Olakan haba bermaksud pemindahan haba yang berlaku dalam benda mudah alir seperti cecair atau gas. Keadaan ini berlaku apabila cecair atau gas yg panas naik ke atas dan gas yang sejuk akan turun ke bahagian bawah secara pusingan.

Kebakaran yang Merebak:


(b) Pengaliran Haba bergerak melalui bahan-bahan pengalir haba seperti logam, batu, simen dinding bangunan dan lantai. Dalam kebakaran yang besar bahan pengalir haba ini akan cepat menjadi panas. Jika terdapat bahan api yang bersentuhan dengannya, maka suhu kepanasan akan meningkat hingga sampai ke suhu nyalaan. Ini akan mengakibatkan bahan api yang bersentuhan itu akan terbakar dengan sendirinya.

Kebakaran yang Merebak:


(c) Bahangan
Kebakaran juga boleh merebak melalui bahangan di mana pemindahan haba berlaku melalui gelombang cahaya. Walaupun suhu kepanasan akan berkurangan apabila sesuatu bahan itu berada pada jarak yang jauh daripada punca kebakaran namun suhu panas boleh bergerak melalui gelombang cahaya yang menembusi kaca tingkap. Apabila bahan api mendapat haba secara bahangan melalui gelombang cahaya yang menembusi kaca tingkap, suhunya akan meningkat dan jika mencapai ke suhu nyalaan, ia akan terbakar.

Kebakaran yang Merebak:


(d) Terus Menerus Ini adalah cara yang paling mudah untuk api merebak. Bahan-baha bakar akan terbakar kerana api mudah merebak melaluinya sekiranya ia bersentuhan antara satu sama lain.

Cara Memadam Kebakaran


Pisahkan gabungan tiga unsur nyalaan api melalui cara:
(a) Melaparkan
Dilakukan dengan: (i) Memindahkan bahan api yang belum terbakar ke tempat lain. (ii) Memindahkan bahan api yang terbakar ke tempat lain. (iii) Memecah atau menghancurkan bahan api yang terbakar supaya mudah dipadamkan.

Cara Memadam Kebakaran


(b) Melemaskan Ini dilakukan dengan menghalang kemasukan udara dengan cara menutup permukaan bahan api yang terbakar supaya udara yang terhalang itu tidak dapat membantu kebakaran.

Cara Memadam Kebakaran


(c) Menyejukkan Kelaziman air digunakan sebagai pemadam kebakaran yang paling berkesan. la mampu menyekat perpindahan haba panas kepada mana-mana bahan bakar dengan menurunkan suhunya supaya berada di bawah tahap nyalaan. Dengan ini kebakaran bukan sahaja tidak merebak malah ia akan terus terpadam.

Cara Memadam Kebakaran


(d) Memutuskan Rantai Tindakbalas
Memutuskan rantai kimia. Ini boleh dilakukan dengan mengunakan alat pemadam api permulaan seperti CO2, BCF dan serbuk kering (jenis ABC).

Sekian, Terima kasih!!!!

Lidah yang panjangnya tiga inci boleh membunuh manusia yang tingginya enam kaki.

You might also like