You are on page 1of 20

Syair Kemangkatan Sultan Sulaiman

Sekolah Sultan Ismail


Disediakan oleh:Lim Hong Jun Guru Pemimpin:Cikgu Hafizzah Kelas: 1 Bijak

Kandungan
1.Rangkap 1-10dengan maksud 2. Tema 3. Persoalan 4.Bentuk 5.Unsur-unsur bunyi 6.Gaya Bahasa 7.Nilai Murni 8.Pengajaran

Rangkap 1
Deli tua negerinya itu, Kotanya kukuh berpagar batu, Pasarnya ramai bukan suatu, Tiada banding di zaman itu. Maksud: Kemakmuran negeri Deli tua tiada bandingannya, pasarnya banyak serta meriah, dan kotanya kukuh.

Rangkap 2
Baginda berputera tiga orang jua, Laki-laki konon putera yang tua, Puteri cantik putera kedua, Parasnya elok jarang tersua. Maksud: Raja Deli tua mempunyai tiga orang putera.Yang paling tua lelaki yang sangat tua manakala kedua pula seorang perempuan yang cantik.

Rangkap 3
Putera yang bongsu laki-laki jua, Parasnya elok tiadalah dua, Menarik hati orang semua, Dikasihi rakyat muda dan tua. Maksud: Anakanda yang ketiga iaitu anak bongsu ialah lelaki yang disukai rakyat tua dan muda

Rangkap 4
Adapun akan dulu baginda, Isterinya lama sudah tiada, Banyak dicari gadis dan janda, Hati baginda penuju tiada. Maksud: Kematian Isteri Raja dan baginda enggan berkhawin lagi.

Rangkap 5
Beberapa lama demikian itu, Di atas takhta konon sang ratu, Dengan kehendak Tuhan yang satu, Baginda pun gering suatu. Maksud: Sultan ditakhdir Tuhan, suatu hari raja jatuh sakit.

Rangkap 6
Baginda nan gering bukan kepalang, Badannya kurus tinggallah tulang, Tabib pun selalu datang berulang, Mengubati baginda raja terbilang. Maksud: Bagina terlalu sakit hinggalah badannya kurus.Banyak tabib datang berulang ulang untuk mengubatinya.

Rangkap 7
Tabib berusaha bersungguh hati, Menolong baginda raja berbakti, Sudahlah takdir Rabbulizzati. Penyakit tak dapat lagi diubati. Maksud: Tabib telah berusaha sungguh-sungguh, namun dengan kehendak Tuhan baginda belum sembuh.

Rangkap 8
Pertolongan tabib tiada berfaedah, Semakin payah sultan yang syadah, Ajal baginda hampirlah sudah, Ke negeri yang baqa akan berpindah. Maksud: Usaha tabib tidak berkesan dan baginda semakin tenat.

Rangkap 9
Dengan hal yang demikian itu, Penyakit menggoda setiap waktu, Ubat pun tiada membantu, Baginda pun mangkat ketika itu. Maksud : Akhirnya baginda pun menghembuskan nafas yang terakhir.

Rangkap 10
Baginda berulang ke rahmatullah, Takhta kebesaran semua tinggalah, Harta dunia sudah terjumlah, Kepada yang lain diberikan Allah. Maksud: Setelah mangkat,segala harta dan takhta terpaksa ditinggalkan dan diserahkan kepada penggantinya.

Tema
Syair ini mengisahkan hari-hari terakhir seorang raja sebelum mangkat .

Persoalan
Berusaha dengan sungguh-sungguh untuk mengubati penyakit. Redha dengan ketentuan Ilahi bahawa ajal sudah tiba masanya. Kebesaran dan kekuasaan seorang raja yang tiada bangnnya. Ajal dan maut di tangan Tuhan

Bentuk
a)Terdiri daripada sepuluh rangkap b)Setiap rangkap mempunyai empat baris c)Setiap baris mempunyai 3-6 patah perkataan. d)Setiap baris terdiri daripada lapan hingga dua belas suku perkataan.

Unsur-unsur Bunyi
a)Aliterasi-Baginda nan gering bukan kepalang (penguluangan konsonan n) b)Asonansi-Pasarnya ramai bukan suatu (penguluan vokal a) c)Rima akirnya sama,iaitu aaaa.Contohnya Saudagar tahu akan dirinya, (a) Hampirlah mati kepada rasanya, (a) Lalulah memanggil akan anaknya, (a) Dicium kepala dengan tangisnya. (a)

Gaya Bahasa
a)Imej-batu b)Personifikasi-penyakit menggoda setiap waktu c)Bahasa asing(bahasa Arab)baqa,Rabbulizzati,rahmatullah,syadah d)Bahasa istana-baginda,gering,mangkat,takhta,raja e)Sinkope-tak f)Hiperbola-badannya kurus tinggallah tulang

Nilai
a)Taat setia b)Kasih sayang c)Redha/Pasrah d)Tabah e)Simpati

Pengajaran
a)Rakyat-Taat setia kepada raja b)Raja-mengasihi rakyat c)Insan-redha dan pasrah - ketentuan takdir

SEKIAN, TERIMA KASIH KEPADA SEMUA

You might also like